Liga Hoki: UniKL terus kuasai MHL 2019 - Utusan Malaysia

Liga Hoki: UniKL terus kuasai MHL 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Universiti Kuala Lumpur (UniKL) berjaya mengatasi tentangan sengit daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kemenangan 4-2 di Stadium Hoki Tun Razak, Jalan Duta di sini sebentar tadi sekali gus kekal menerajui carta Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.

Empat gol UniKL yang merupakan juara Piala TNB tahun lepas diperoleh menerusi jaringan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin pada minit ke-10, Muhammad Razie Abd. Rahim (m-43), Kieran Govers (m-47) dan Mohamad Ashran Hamsani (m-55).

Dua gol TNB pula dijaringkan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd. Jalil dan Norsyafiq Sumantri masing-masing pada minit ke-15 serta 20.

Dua lagi aksi yang berlangsung sebentar tadi menyaksikan Nurinsafi tewas 3-5 kepada Pasukan Hoki Terengganu di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil dan Maybank cemerlang dengan kemenangan 2-1 ke atas TNB Thunderbolts di Stadium Tengku Abdullah, Bangi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN