MERIAH. Seramai 25 warga emas kurang berkemampuan di Rumah Charis, Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang diraikan dalam satu majlis sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kesemua mereka yang berusia antara 63 hingga 92 tahun yang dikunjungi wakil Lexis Suites Penang itu disajikan dengan hidangan oleh cef terkemuka hotel tersebut selain melakukan aktiviti menggaul yee sang, persembahan tarian, permainan, sesi berkaraoke dan pemberian angpau. Pengarah Operasi Lexis Suites Penang,…










