Lelaki seret anjing di jalan menggunakan pacuan empat roda ditahan  - Utusan Malaysia

Lelaki seret anjing di jalan menggunakan pacuan empat roda ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Seorang lelaki ditahan semalam bagi membantu siasatan berkenaan sebuah rakaman video yang tular mengenai seekor anjing yang diikat dan diseret pada kenderaan lasak pacuan empat roda. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, suspek berusia 58 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat orang awam terhadap video berdurasi 41 saat itu. 

“Semakan mendapati kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dipandu suspek dalam kejadian Ahad lalu itu didaftarkan atas nama anak lelaki suspek. 

“Hasil siasatan mendapati suspek telah memelihara anjing tersebut sejak lebih setahun lalu dan lelaki itu mahu membuang haiwan itu selepas ia kerap menggigit wayar di rumahnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Razlam, anjing tersebut kemudian diletakkan di bahagian belakang kenderaan dan suspek mendakwa dia tidak menyedari haiwan itu terjatuh dan terseret di jalan.

“Suspek seterusnya membuang anjing itu di Pasar Aulong. 

“Dia kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga 15 Februari depan bagi membantu siasatan,” katanya. 

Katanyanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×