NILAI – Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan tidak pulang ke rumahnya di Kampung Orang Asli, Kampung Kedat, Mantin dekat sini sejak kelmarin ditemui mati dalam sebuah parit di perkampungan Orang Asli tersebut petang semalam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, mangsa, Ajis Ujang, 55, dipercayai maut selepas terjatuh ke dalam parit yang terletak di tepi sebatang jalan di perkampungan itu semasa sedang menunggang motosikal. Menurut…










