KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar antara lima individu yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Motosikal dan Cegah Jenayah Polis Kuala Lumpur di sekitar ibu negara hari ini. Operasi yang bermula pada pukul 5 petang dan berakhir pada pukul 7.30 petang disertai oleh 15 pegawai dan 113 anggota polis di 10 lokasi berbeza hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, lelaki yang berusia 33…










