MELAKA – Seorang lelaki melecur hampir 20 peratus selepas disimbah air panas oleh seorang wanita dipercayai kakak angkatnya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dikejarkan ke zon merah Hospital Melaka. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek berusia 31…










