LONDON 10 Feb.- Seorang lelaki maut selepas ditikam individu tidak dikenali sekitar jalan Lordship, timur Dulwich di sini. Lelaki itu, yang dipercayai berumur lingkungan 30-an, mati ditempat kejadian awal pagi tadi (waktu tempatan). Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan polis masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca kejadian. Tragedi itu berlaku beberapa hari selepas kerajaan tempatan dikritik rakyat ekoran kegagalan menangani jenayah bunuh (tikam) di England.-AGENSI










