Lelaki maut digilis di Kajang - Utusan Malaysia

Lelaki maut digilis di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Feb. – Seorang penunggang motosikal maut digilis trak penunda selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4, Lebuh Raya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK) arah Kajang di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata, dalam kejadian pada pukul 10.40 pagi itu, Tai Chun Beng, 44, yang menunggang bersendirian digilis selepas cuba memotong trak penunda yang sedang menunda sebuah bas.

Bagaimanapun, cubaan mangsa untuk memotong trak itu gagal apabila motosikalnya hilang kawalan setelah terlanggar seorang pekerja pembersih jalan yang kebetulan berada di laluan berkenaan.

“Mangsa merempuh pekerja pembersih jalan yang sedang bertugas di tepi laluan berkenaan lalu terjatuh di atas jalan raya sebelum digilis trak penunda tersebut yang ketika itu sedang menunda bas,” katanya di sini hari ini.

Azman memberitahu, mangsa yang cedera parah pada bahagian dada dan kaki kiri dilapor telah disahkan meninggal dunia dilokasi kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN