LUMUT 8 Feb. – Seorang lelaki ditemukan mati dalam keadaan terlentang di atas sebuah lori di kawasan letak kenderaan di Taman Sejati di Sitiawan, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 12 tengah hari mengenai penemuan mayat tersebut. Menurutnya, siasatan awal mendapati mayat tersebut disyaki warga tempatan. “Ketika ditemukan, mangsa berbaju putih, berseluar panjang…










