Lelaki ditemui lemas di Pantai Sudara - Utusan Malaysia

Lelaki ditemui lemas di Pantai Sudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terapung di Pantai Sudara, di sini pagi ini selepas dilaporkan hilang apabila dihanyutkan arus semasa mandi-manda semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi, mangsa, Mohd. Faiz  Abdulllah, 26, dari Felda Kemahang, Tanah Merah itu ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba Daerah Bachok, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata, mayat mangsa ditemui sekumpulan anggota bomba yang memantau di pesisiran pantai itu.

“Keadaan air pasang surut dan berkat doa pelbagai pihak telah menemukan mangsa dalam tempoh sembilan jam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) yang dijalankan pelbagai agensi di pantai berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Mangsa yang menyertai hari keluarga sebuah syarikat swasta dikatakan turun mandi di pantai itu pada pukul 7 malam semalam sebelum dihanyutkan arus ombak.

Yus Heary berkata, mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap baju-T berwarna putih dan seluar paras betis.

Menurutnya, ahli keluarga mangsa telah diminta membuat pengecaman identiti dan mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

“Mayat kemudiannya diserahkan  kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga mereka,” katanya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN