BACHOK – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terapung di Pantai Sudara, di sini pagi ini selepas dilaporkan hilang apabila dihanyutkan arus semasa mandi-manda semalam. Dalam kejadian pada pukul 4 pagi, mangsa, Mohd. Faiz Abdulllah, 26, dari Felda Kemahang, Tanah Merah itu ditemui kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang. Ketua Balai Bomba Daerah Bachok, Penolong Penguasa Bomba Yus Heary Mahmud berkata, mayat mangsa ditemui sekumpulan anggota bomba yang memantau…










