BUTTERWORTH 12 Feb. – Seorang lelaki yang diburu berikutan penemuan bom tangan, pistol dan peluru di dalam sebuah rumah di Taman Bukit Indah, Bukit Mertajam di sini kelmarin berjaya ditahan polis semalam. Suspek berusia 42 tahun itu ditahan di hadapan sebuah pusat aksesori dan pendingin hawa kereta di Parit Buntar, Perak kira-kira pukul 5 petang. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek…