Lebih ramai ahli Konservatif keluar parti? - Utusan Malaysia

Lebih ramai ahli Konservatif keluar parti?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 21 Feb. – Sejumlah bekas ahli Parti Konservatif pimpinan Perdana Menteri Britain, Theresa May yang kini menyertai parti baharu iaitu Kumpulan Bebas memberi gambaran bahawa lebih ramai ahli Parlimen akan ‘lompat parti’.

Anna Soubry, sarah Wollaston dan Heidi Allen merupakan tiga lagi ahli Konservatif yang keluar parti hari ini untuk menyertai kumpulan bebas berkenaan.

Kumpulan itu ditubuhkan pada Isnin lalu oleh tujuh bekas ahli Parlimen dari Parti Buruh.

Gambaran itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan ahli Parlimen mengenai siapa lagi yang akan keluar parti selepas ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN