JAKARTA 27 Feb. – Lebih 1,000 hektar kawasan hutan dilaporkan terbakar sejak Januari lepas di wilayah Riau, Sumatera, yang menyebabkan berlakunya jerebu dan memburukkan lagi keadaan cuaca panas ketika ini. Menurut data Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Riau, kebakaran hutan sejak Januari hingga hari ini meliputi kawasan seluas 1,136 hektar. Kebakaran hutan di Pulau Sumatera itu bukanlah perkara baharu dan berlaku setiap tahun akibat cuaca panas, selain pembakaran pihak tertentu…










