KUALA LUMPUR 12 Feb. – Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatan kerja yang dilakukannya di Semenyih tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu yang akan diadakan pada 2 Mac depan. Sebaliknya, katanya, lawatan itu sekadar sebahagian daripada tugas seorang menteri dan beliau tidak fikir apa yang dilakukan melanggar etika kerana menjalankan tugas melawat dan berbincang. “Semua ini tidak ada…