Lawatan IGP dan pegawai tinggi ke PDRM di Turki bukan atas urusan peribadi - Utusan Malaysia

Lawatan IGP dan pegawai tinggi ke PDRM di Turki bukan atas urusan peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Lawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan beberapa pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki adalah lawatan kerja dalam salah satu usaha untuk menangani masalah perjudian online.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya sudah meluluskan lawatan berkenaan.

“Lawatan tersebut ditaja oleh Lembaga Totalisator Malaysia iaitu agensi di bawah Kementerian Kewangan.

“Pada mulanya, mungkin kelihatan tidak sesuai tetapi setelah menelitinya saya lihat ia perlu dan telah diluluskan,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri ke Batalion 4, Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Muhyiddin menambah, lawatan ini penting kerana perjudian online adalah isu yang sangat serius di negara ini.

“Dengan lawatan ini, mereka boleh mendapatkan taklimat tentang situasi isu tersebut di negara lain.

“Seperti juga lawatan lain sebelum ini, ia untuk kepentingan PDRM menyelesaikan sesuatu isu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menafikan dakwaan portal Sarawak Report bahawa lawatan tersebut adalah tanda terima kasih terhadap jasa-jasa pegawai tinggi polis yang menyertainya.

Portal Sarawak Report pada dua hari lalu melaporkan bahawa beberapa pegawai tinggi PDRM termasuk Ketua Polis Negara pergi ke Turki atas tujuan peribadi. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN