Lapan terbunuh dalam pertempuran tentera, kumpulan Abu Sayyaf - Utusan Malaysia

Lapan terbunuh dalam pertempuran tentera, kumpulan Abu Sayyaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA 2 Feb. – Lapan orang terbunuh termasuk lima anggota tentera Filipina dalam pertempuran dengan kumpulan disyaki militan Abu Sayyaf di sebuah pulau terpencil, kelmarin. Dalam kejadian pada kira-kira pukul 11.30 pagi waktu tempatan itu, pertempuran dengan lebih 100 ahli kumpulan tersebut berlaku ketika pasukan tentera mengejar suspek serangan gereja di pekan Patikul, wilayah Sulu. Jurucakap Pusat Perintah tentera di barat Mindanao, Kolonel Gerry Besana berkata, pertempuran dengan kumpulan tersebut berlangsung selama dua jam mengorbankan lima nyawa anggota tentera manakala 15 militan cedera.- REUTERS

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN