Lapan pusat urut tawar khidmat seks diserbu - Utusan Malaysia

Lapan pusat urut tawar khidmat seks diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang wanita kerdil warga Vietnam antara lapan ditahan dalam Operasi Banteras Aktiviti Haram di lapan buah pusat urut yang disyaki menawarkan perkhidmatan seks di sekitar Jalan Kuchai Lama di sini hari ini.

Difahamkan, terdapat sebuah premis pusat urut berselindung disebalik butik pakaian bagi mengaburi pihak berkuasa termasuk mempunyai lorong rahsia bagi memudahkan Gadis Pelayan Pelanggan (GRO) melarikan diri.

Dalam operasi pada pukul 1 petang itu, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Azman Mahmood berkata, siasatan awal mendapati kesemua lapan premis berkenaan menawarkan perkhidmatan seks serendah RM58 untuk satu jam.

“Kita juga mendapati kesemua lapan premis ini telah diserbu sebanyak dua kali sejak beberapa tahun lalu namun masih berdegil meneruskan aktiviti haram.

“Bagi memastikan mereka (pemilik premis) tidak meneruskan aktiviti haram tersebut, kita telah memotong bekalan air mereka namun penyambungan semula bekalan air akan dilakukan selepas ada penyewa baharu di premis berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Kosmo! selepas selesai operasi berkenaan di sini hari ini.

Operasi bersepadu itu turut disertai seramai 132 anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Tambahnya, hasil serbuan, pihaknya telah berjaya menahan seramai lapan wanita dipercayai bekerja sebagai GRO berusia dalam lingkungan 22 tahun hingga 30 tahun

“Kesemua lapan wanita berkenaan terdiri daripada tiga wanita warga tempatan manakala selebihnya merupakan warga Vietnam.

“Kita juga telah merampas pelbagai barangan yang digunakan di premis berkenaan seperti peralatan seks, kondom dan televisyen litar tertutup (CCTV),” jelasnya.

Pihak DBKL turut bertindak memecahkan ruang-ruang bilik di setiap premis bagi melumpuhkan operasi mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN