MELAKA 3 Feb. – Kebiadaban seorang individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam laman sosial terus mendapat reaksi kurang menyenangkan orang ramai apabila tiga laporan polis dibuat di Melaka berhubung perkara tersebut, hari ini. Ketiga-tiga laporan polis itu dibuat oleh individu mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Balai Polis Banda Hilir di sini kira-kira pukul 11 pagi ini. Pengerusi Angkatan Busana Tanah Air, Iskandar…










