KUALA LUMPUR 31 Jan. – Bermula dari Bahagian I hinggalah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, jawatan Yang di-Pertuan Agong diulang sebut kira-kira 300 kali dalam undang-undang tertinggi negara itu. Ini bertepatan dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan sebagai Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di negara ini. Malah kuasa eksekutif Persekutuan juga terletak hak pada Yang di-Pertuan…










