NAPLES 16 Feb. – Pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly gembira dengan perhatian daripada kelab-kelab lain yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya namun menegaskan dia sangat gembira untuk bersama kelab Serie A itu.
Koulibaly, 27, sentiasa dikaitkan dengan perpindahan sejak mula menyertai Napoli dari Genk pada 2014.
Pertahanan tengah dari Sengeal itu sangat menghargai minat daripada kelab-kelab luar tetapi semangatnya tetap utuh bersama Napoli.
“Masa depan saya? Saya tidak pasti sama ada saya adalah antara pertahanan paling kental tetapi saya sentiasa berusaha untuk memberikan aksi cemerlang.
“Sejak berada di sini saya sentiasa berazam untuk terus maju bersama Napoli. Saya sentiasa bermotivasi dan mahu terus berada di sini.
“Saya gembira kerana banyak kelab mengikuti perkembangan saya tetapi saya mahu buktikan kemampuan saya di dalam padang dan terus konsisten semasa beraksi,” katanya.-AGENSI










