NAMA panggilan Baby Pian bergema di seluruh pelosok Arena Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur usai persembahan memukau daripada Sufian Suhaimi yang mendendangkan lagu ‘berhantunya’ Di Matamu, nukilan Sirkhan dan Rinkarnaen pada saingan Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) pada Ahad lalu. Tampil seorang diri dan tampak segak dengan sut rekaan Hatta Dolmat, Sufian berjaya menjentik kesedihan dalam jiwa penonton apabila menyampaikan lagu penuh kontroversi tersebut dengan begitu syahdu. Paling menarik perhatian…










