Salam ceria buat semua pembaca budiman. Kita bertemu kembali dalam ruangan Genius Corner bersama topik Angular siri kedua. Menerusi artikel minggu ini, kita akan pelajari konsep komponen di dalam Angular.
Komponen adalah kelas yang berinteraksi dengan HTML. Kebanyakan kod atur cara di dalam kerangka Angular juga akan ditulis dalam kelas komponen yang berbeza. Tanpa membuang masa, mari kita mulakan latihan minggu ini.

SEMAKAN
Melalui latihan tadi, kita telah diperkenalkan dengan konsep komponen di dalam projek Angular.
Anda bebas mengubahsuai kandungan komponen app.component, dan anda juga bebas menambah seberapa banyak komponen ke dalam projek.
Kaedah ini membolehkan ubah suaian dibuat pada sesebuah komponen tanpa mengganggu keseluruhan laman sesawang (web).
SOALAN
Sebelum ruangan minggu ini ditamatkan, anda perlu menyelesaikan beberapa soalan latihan.
1 Tambah satu perenggan teks
pada new-cmp.component
2 Papar imej pada komponen app.component
3 Papar imej pada komponen new-cmp.component
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila tinggalkan komen anda di www.farizgaskin.com dan kami akan cuba jawab sepantas mungkin.
Sehingga bertemu lagi dalam ruangan yang sama minggu hadapan, selamat mencuba!











