Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini disifatkan sebagai satu pelan tindakan yang mampu menjadikan Malaysia bersih daripada gejala rasuah. Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed menjelaskan, rakyat telah menunjukkan harapan supaya rasuah perlu dibasmi sepenuhnya dan oleh itu menjadi tanggungjawab kerajaan mewujudkan satu pelan tindakan yang benar-benar dapat menangani isu tersebut. Abu…










