Klopp mampu jadi legenda – Babbel - Utusan Malaysia

Klopp mampu jadi legenda – Babbel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 8 Feb. – Bekas pertahanan Liver­pool, Markus Babbel ber­kata, Jurgen Klopp akan dikenang sebagai legenda Reds andai kelab itu berjaya menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Menurut Babbel, perjalanan Liverpool untuk memburu gela­ran kini bergantung kepada Klopp, malah, sepanjang Reds berada di bawah bim­bingan pengendali da­ri Jerman itu kelab berkenaan telah mempamerkan peningkatan positif.

SEKIRANYA Jurgen Klopp berjaya membawa Liverpool merangkul gelaran
SEKIRANYA Jurgen Klopp berjaya membawa Liverpool merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris, musim ini, dia akan dianggap sebagai legenda oleh peminat kelab itu. – AFP 

“Semuanya kini sudah semakin hampir. Manchester City mempunyai masalah mereka tersendiri, musim ini, dan ia akan menjadi peluang terbaik Liverpool memburu gelaran, saya amat berharap mereka mampu melakukannya.

“Bagi saya Klopp adalah seorang jurulatih yang amat menakjubkan buat Liverpool. Klopp akan berada dalam senarai lapan pengurus terbaik dalam sejarah Liverpool kerana kelab berkenaan sudah lama tidak memenangi gelaran liga. Penyokong juga pas­tinya akan menyanjungi pe­ngurus tersebut andai Liverpool menjuarai saingan liga musim ini,” kata Babbel.

Esok, Liverpool bakal mela­yan kunjungan Bournemouth di Anfield. Menjelang pertemuan itu, Reds menerima perkhabaran gembira apabila tiga tonggak mereka yang cedera, Trent Alexander-Arnold, Jordan Henderson dan Georginio Wijnaldum mula menyertai sesi latihan penuh, semalam.

Skuad bimbingan Klopp dilanda masalah kecederaan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, sehingga memaksa James Milner, Henderson, Fabinho dan Wijnaldum beraksi di posisi pertahanan.

Kecederaan lutut yang me­nimpa Alexander-Arnold, bulan lalu, menyebabkan ketiadaan bek kanan dalam skuad, tetapi pemain berusia 20 tahun itu, kini pulih sepenuhnya menjelang pertembungan dengan Bournemouth.

Liverpool boleh merampas kembali kedudukan teratas Liga Perdana jika melakar kemena­ngan ke atas Cherries, selepas City buat kali pertama berada di persada liga, tahun ini, apabila menumpaskan Everton 2-0, semalam. Namun, Reds memiliki kelebihan satu perlawanan di ta­ngan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN