KIP persiapkan diri hadapi musim baharu - Utusan Malaysia

KIP persiapkan diri hadapi musim baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Selepas melengkapkan ujian persendirian di Litar Antarabangsa Sepang minggu lalu, Khairul Idham Pawi kembali beraksi untuk ujian rasmi selama tiga hari di Litar Jerez-Angel Nieto di Sepanyol, semalam.

Penunggang Petronas Sprinta Racing itu melakukan 50 pusingan di litar sepanjang 4.428 kilometer dengan jentera baharunya Kalex pada hari pertama ujian rasmi kelas Moto2, ujian kedua terakhir untuk pramusim sebelum Kejohanan Motosikal Dunia bermula di Qatar Grand Prix, bulan depan.

Pelumba Moto2 itu yang melakukan sesi trek secara bergilir dengan rakan sepasukan Moto3, mencatat masa terbaik satu minit 43.434 saat pada sesi kedua, meletakkan dia di kedudukan ke-30 keseluruhan.

Penunggang Sky Racing Team VR46 dari Itali, Luca Marini menduduki tangga teratas dengan 1:41.146 saat.

“Hari ini (semalam) bukan hari yang mudah di Jerez tetapi baru hari pertama jadi kami mempunyai ruang dan masa untuk memperbaiki (persembahan) esok dan hari berikutnya.

“Kami menghabiskan banyak masa hari ini dengan menyesuaikan diri dengan jentera dan gaya menunggang saya.

“Esok (hari ini) kami akan terus mencuba perkara berbeza dan mengubah gear jentera. Kami bekerja keras dan harap berjaya esok,” kata penunggang berusia 20 tahun dari Kampung Gajah, Perak dalam laman web rasmi pasukannya.

Khairul Idham yang juga dikenali sebagai KIP dalam kalangan peminat sukan permotoran Malaysia, dan pasukannya menghabiskan hari pertama di Jerez dengan menumpukan kepada ketetapan motosikal dan corak tunggangannya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN