Kios MBPJ diperluas ke pasar raya, medan selera - Utusan Malaysia

Kios MBPJ diperluas ke pasar raya, medan selera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Feb.– Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bercadang memperluaskan penggunaan mesin bayaran atau kios di semua pasar raya dan medan selera di kawasan pentadbirannya bagi memudahkan urusan orang ramai.

Timbalan Datuk Bandar, Johary Anuar berkata, bagaima­napun keputusan tersebut akan dibuat selepas melihat sambutan orang ramai terhadap kemudahan berkenaan sehingga hujung tahun ini.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya telah menyediakan lima kios di tiga lokasi terpilih iaitu masing-masing dua unit di lobi Ibu Pejabat MBPJ dan lobi Menara MBPJ manakala sebuah lagi di Pejabat Cawa­ngan Petaling Jaya Utara Damansara.

“Kelima-lima mesin kiosk itu beroperasi setiap hari bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 9 malam termasuk cuti hujung minggu dan cuti umum.

“Antara kemudahan yang boleh dilakukan di mesin kiosk adalah bayaran cukai, kompaun, sewaan dan pelbagai jenis bil. Cagaran tunai ini menepati spesifikasi ciri-ciri keselamatan tunai seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kios Bayaran MBPJ dekat sini baru-baru ini.

Tambah Johary, inisiatif itu dilakukan untuk memudahkan orang ramai berurusan tanpa perlu datang ke pejabat pihak berkuasa tempatan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN