Ketegangan AS-Iran di tahap ‘kemuncak’ - Utusan Malaysia

Ketegangan AS-Iran di tahap ‘kemuncak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Feb. – Presiden Iran, Hassan Rouhani menyifatkan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) kini berada di tahap ‘kemuncak’ dalam tempoh dua dekad ini.

Ketegangan kedua-dua negara itu yang bermula sejak 1979 dilihat semakin parah setelah Presiden AS, Donald Trump membuat keputusan untuk menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran yang digelar sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

Trump turut memaklumkan bahawa beliau akan mengenakan semula sekatan terhadap Iran yang mana sebelum ini dihentikan buat seketika apabila perjanjian dimeterai pada 2015.

Lapor Reuters yang memetik IRIB, Hassan memberitahu, AS menguasai kesemua kuasa yang menentang Iran dan hubungan seperti ini jarang-jarang berlaku. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN