Kerjasama Pas-UMNO tidak akan berjaya di PRK DUN Semenyih - Utusan Malaysia

Kerjasama Pas-UMNO tidak akan berjaya di PRK DUN Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Pakatan Harapan (PH) membayangkan kerjasama Pas-UMNO tidak akan berjaya dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berdasarkan simulasi yang telah dilakukan berdasarkan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Katanya, simulasi itu menunjukkan PH mendapat undi majoriti kira-kira 6,000.

“Jika Pas-UMNO bergabung, PH tetap mendapat 1,989 undi majoriti.

“Kita ambil kira dalam kajian simulasi kita. Kali ini, apa bentuk kerjasama bagi kami tidak begitu penting. Yang penting, kita bekerja keras di sini,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon PRK DUN Semenyih bagi PH di Taman Pelangi Semenyih, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN