GUA MUSANG 9 Feb. – Seorang pegawai Imigresen berdepan detik mengerikan apabila kereta dipandunya merempuh belakang sebuah bas ekspres sebelum dirodok pula sebuah bas ekspres lain dari belakang di Kilometer 33, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini semalam. Dalam kejadian pukul 3 petang, pemandu kereta jenis Toyota Vios, Che Wan Zaidi Che Wan Mat Zin, 31, yang berasal dari Paka, Terengganu terselamat dan hanya cedera ringan walaupun kenderaannya remuk teruk…










