KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sabah wajar memikirkan untuk meminda Akta Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 agar menjadikan pembunuhan haiwan yang dilindungi sepenuhnya sebagai suatu kesalahan dengan liabiliti ketat, kata aktivis perlindungan haiwan Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau berkata, hukuman ke atas kesalahan itu patut juga ditingkatkan kerana undang-undang sedia ada dilihat tidak mampu mengekang pemburu haram terutamanya warga asing mengaut hasil daripada hidupan marin yang dilindungi walaupun undang-undang sekarang…










