Kemudi FC terima tajaan McDonald's - Utusan Malaysia

Kemudi FC terima tajaan McDonald’s

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 10  Feb – Pasukan bola sepak Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi FC), mendapat suntikan semangat apabila menerima tajaan daripada syarikat makanan segera terkemuka, McDo­nald’s menjelang Kejohanan Bola Sepak Antara Agensi Kerajaan Peringkat Negeri 2019 di sini malam tadi.

Tajaan tersebut diserahkan oleh enolong Pengurus McDonald’s Pengkalan Chepa, Yusri Husain kepada Presiden Kemudi, Azran Fitri Rahim merangkap pengurus pasukan tersebut dalam majlis perjumpaan pemain di restoran tersebut. 

Yang turut hadir, Penolong Pengurus Kemudi FC, Nik Mohd. Zulhafiz  Zulkifli; jurulatih pasukan, Chia Chee Lin dan 20 pemain terlibat.

Sementara itu, Azran Fitri berkata, Kemudi FC berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi kejohanan yang melibatkan 16 pasukan anjuran Universiti Sains Malaysia (USM)  bermula 15 Februari ini.

“Saya berharap para pemain menunjukkan semangat yang tinggi dan mencipta kemenangan selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemain.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada PUC Sport;  Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara) dan Jamu Nenek Sdn. Bhd kerana turut menaja pasukan ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

 Sementara itu, Yusri berharap Kemudi FC dapat mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan nanti.

 Dalam masa sama, kata beliau, pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan Kemudi pada masa-masa akan datang.

“Kami menyokong program ini yang dilihat mampu mengeratkan hubungan antara media dan pihaknya serta agensi kerajaan yang bertanding,” katanya
 
 Kemudi FC yang dibarisi wartawan, petugas media dan beberapa pemain jemputan dari seluruh negeri ini bakal menentang pasukan Pos Malaysia bagi perlawanan pertama pada 16 Februari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN