Kementerian Pendidikan kaji isu kawal selia institusi swasta - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikan kaji isu kawal selia institusi swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan sedang mengkaji isu kawal seliaan institusi pengajian tinggi swasta secara berlebihan yang berlarutan sejak sekian lama kata Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Beliau berkata, dalam menyediakan pendidikan yang lebih berkualiti, peranan yang lebih penting ialah meningkatkan autonomi dan kebertanggungjawaban sekolah dan institusi.

“Falsafahnya ialah sekolah, kolej, universiti, daerah dan negeri akan memahami keperluan mereka sendiri, kekuatan dan kelemahan yang terbaik,” katanya ketika berucap pada Dialog Terbuka mengenai Pendidikan Malaysia dianjurkan oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di sini.

Turut hadir, pengerusi ASLI, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah.

Maszlee berkata, kerajaan kini beralih ke arah kesamaan berasaskan kebertanggungjawaban dalam hubungan sekolah dan institusi yang akan diperkasakan dengan kemahiran dan alat yang diperlukan bagi membuat keputusan terbaik berdasarkan konteks mereka sendiri. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN