Kemelut pelantikan ketua kampung di Johor selesai - Utusan Malaysia

Kemelut pelantikan ketua kampung di Johor selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 21 Feb. – Kerajaan negeri percaya kemelut berhubung pelantikan ketua kampung yang berlaku sebelum ini sudah selesai sepenuhnya dengan pelantikan kesemua 667 ketua kampung beserta ahli jawatankuasanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Zulkefly Ahmad berkata, pemilihan kesemua ketua kampung diselesaikan dalam mesyuarat minggu lalu.

“Saya berharap dengan pelantikan dan penjenamaan semula MPKK, semua pihak akan dapat memberikan khidmat terbaik buat masyarakat setempat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun sekiranya wujud sebarang salah laku, laporan dan aduan boleh dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Interaksi Sempena Kursus Induksi MPKK di Hotel Berjaya Waterfront, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN