Kemalangan rencat persiapan Vettel - Utusan Malaysia

Kemalangan rencat persiapan Vettel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 28 Feb. – Jentera Ferrari yang dipandu Sebastian Vettel terlibat dalam kemalangan ketika hari kedua sesi ujian pramusim di Barcelona yang menyaksi persiapan pasukan itu terganggu menjelang perlumbaan pembukaan musim di Melbourne, Australia, pertengahan Mac ini.

Vettel hilang kawalan selepas mengalami masalah mekanikal ketika memandu jentera dalam kelajuan 241 kilometer sejam di selekoh ketiga, sebelum melanggar penghadang sekali gus menyebabkan kerosakan besar pada keretanya.

Kemalangan tersebut menyebabkan Vettel sekadar berada di kedudukan ketiga terpantas sewaktu sesi ujian tersebut dan pelumba berkenaan berkata, kemalangan itu telah menyebabkan pasukannya berdepan kesukaran ketika ini.

“Semuanya mungkin akan menjadi lebih mudah jika jentera tidak terlibat dalam kemalangan. Saya juga dapat berasakan bahawa segalanya berpunca daripada bahagian hadapan jentera, malah, tidak banyak yang boleh saya lakukan untuk mengelak pelanggaran itu,” kata Vettel.

Dalam sesi tersebut pelumba McLaren, Carlos Sainz mencatat masa terpantas meninggalkan pelumba Racing Point, Sergio Perez di kedudukan kedua, sementara dua pelumba Mercedes, Valtteri Bottas dan Lewis Hamilton masing-masing mencatat masa kelapan serta kesembilan terpantas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN