Kelulusan tanah tidak melalui tender terbuka - Utusan Malaysia

Kelulusan tanah tidak melalui tender terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 13 Feb. – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui kelulusan permit kepada sebuah syarikat bagi mengusahakan pembangunan ladang hutan seluas 400 hektar di daerah Kinta di sini pada Disember lalu, tidak melalui proses tender terbuka.

Ahmad Faizal sebaliknya berkata, ia diluluskan sewaktu Me­syuarat Pasukan Petugas Ja­watankuasa Perhutanan yang di­pengerusikan olehnya selain dihadiri oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri serta dua ahli Exco kerajaan negeri.

Dua exco tersebut ialah Pe­nge­­rusi Jawatankuasa Peruma­han, Kerajaan Tempatan, Peng­angkutan Awam, Hal Ehwal Bu­kan Islam dan Kampung Ba­haru negeri, Paul Yong Choo Kiong dan

AHMAD FAIZAL AZUMU
AHMAD FAIZAL AZUMU 

Pengerusi Jawatan­kuasa Agama dan Pendidikan Is­lam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi.

“Syarikat tersebut kita melihat daripada ulasan jabatan yang menunjukkan kemampu­an pengarah-pengarahnya sebagai berpengalaman luas dalam usaha (membangunkan) ladang hutan.

“Selain kemampuan syarikat, kita juga mendapat maklumat bahawa ia bekerjasama dengan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), jadi agak kukuh untuk kita berikan kelulusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan surat lantikan Ahli

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) negeri serta pengumuman penambahbaikan dasar perumahan kerajaan negeri di sini hari ini.

Ahmad Faizal diminta me­ngulas mengenai pemberian permit tersebut ke atas sebuah syarikat yang didapati menggunakan alamat sebuah firma guaman di Taiping, seperti didakwa UMNO Perak semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal berkata, beliau percaya firma guaman itu mungkin bertindak sebagai setiausaha kepada syarikat berkenaan.

“Anda beritahu saya apakah itu suatu kesalahan bagi satu pejabat berkongsi de­ngan beberapa bu­ah syarikat? Saya rasa ia agak normal, kalau itu satu kesalahan, saya tiada maklumat atau pengetahuan mengenai-nya,” katanya.

Diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong dari Pakatan Harapan (PH) sendiri yang membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan dijalankan ke atas syarikat berkenaan, Ahmad Faizal menyifatkannya sebagai satu tindakan cukup baik.

“Pada pandangan saya, ia terserah kepada SPRM untuk menjalankan siasatan, malahan, saya gesa untuk dijalankan siasatan dengan sebaik mungkin bagi memastikan tiada perkara yang tidak betul dijalankan oleh kerajaan PH di negeri Perak ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN