Kelantan, Sabah kongsi mata - Utusan Malaysia

Kelantan, Sabah kongsi mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 9 Feb. – Kelantan terselamat daripada ambang kekalahan apabila berjaya melakar keputusan seri 3-3 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Pada perlawanan itu, Muhammad Daniel Haqim Draman dijulang sebagai wira Kelantan apabila jaringannya pada minit ke-88 menyelamatkan maruah The Red Warriors (TRW) daripada tumbang buat kali kedua.

Terdahulu, tuan membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi sepakan penalti Flavio Beck Junior selepas Mustafa Zazai dijatuhkan dalam kawasan tersebut.

Enam minit berselang, Sabah kembali mengikat kedudukan menjadi 1-1 menerusi tandukan Luka Milunovic yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang Kelantan Abdul Arif Abdullah.

Gol penyamaan itu telah menyuntik semangat pelawat dan mereka hampir menambah jaringan, bagaimanapun tuan rumah dilihat kental bertahan.

Bersambung babak kedua, Stadium Sultan Muhammad IV yang sebelum itu ‘sunyi’ kembali bergempita dengan sorakkan padu penyokong apabila Nik Akif Syahiran Nik Mat menjadikan kedudukan 2-1 berpihak kepada Kelantan pada minit ke-52.

Minit ke-72, Sabah hampir menyamakan kedudukan menjadi 2-2, namun nasib berpihak kepada TRW apabila rembatan terkena palang bahagian dalam sebelum melantun keluar daripada mulut gol tuan rumah memberikan kelegaan buat seluruh penyokong setia merah putih.

Maxisus Musa meranapkan impian Kelantan untuk meraih tiga mata apabila mengikat kedudukan menjadi 2-2 pada minit ke-77.

Bagimanapun, Muhammad Daniel Haqim menyelamatkan maruah TRW dengan meledakkan jaringan penyamaan pada minit-minit akhir perlawanan untuk memberikan kelegaan buat pasukannya. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN