Kekalkan aksi seperti menentang Liverpool - Kovac - Utusan Malaysia

Kekalkan aksi seperti menentang Liverpool – Kovac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN 22 Feb. – Niko Kovac mahu pemainnya mengekalkan disiplin yang sama di bahagian pertahanan ketika mereka menentang Liverpool dalam aksi Bundesliga apabila mereka

kini sedang menghambat pendahulu, Borussia Dortmund.

Bayern dibolosi dengan gol mudah termasuk jaringan terpantas Bundesliga selepas menjaringkan gol sendiri ketika permainan berusia 13 saat ketika mereka menewaskan Augsburg

3-2 pada Jumaat lalu sekali gus membolehkan mereka ketinggalan tiga mata di belakang Dormund yang seri tanpa jaringan menentang Nuremberg Isnin lalu.

Skuad kendalian Kovac mempamerkan disiplin yang tinggi ketika seri 0-0 menentang The Reds di Anfield meletakkan Liverpool berada dalam kedudukan bahaya menjelang aksi

timbal balik kalah mati Liga Juara-Juara di Arena Allianz pada 12 Mac ini.

“Saya menjangkakan fokus dan disiplin yang sama di bahagian pertahanan. Bundesliga amat penting namun ada beberapa pemain menunjukkan aksi yang lebih baik dalam Liga

Juara-Juara,” katanya menjelang pertemuan menentang Hertha Berlin, esok.

Jika menang, Bayern akan menyamai mata dengan Dortmund untuk tempoh 24 jam sebelum skuad bimbingan Lucien Favre itu menentang Bayer Leverkusen pada Ahad ini dan sekiranya

Dormund gagal mendapatkan mata itu bermakna Bayern akan menduduki tangga teratas apabila memiliki kelebihan jaringan yang lebih banyak.

Sementara itu, Dortmund yang sebelum ini berkelebihan sembilan mata namun selepas seri tiga kali telah menyebabkan Bayern berjaya merapatkan jurang perbezaan mata setelah

melakar sembilan daripada 10 kemenangan.

Keadaan bertambah teruk apabila Dortmund turut raput di bahagian pertahanan apabila dibolosi 10 kali dalam lima perlawanan terakhir mereka.

Pengarah sukan kelab itu, Michael Zorc terpaksa mempertahankan Favre selepas menunjukkan prestasi yang menghampakan apabila berkata nasib tidak menyebelahi pasukannya.

“Kami buat kesilapan pada separuh pertama musim dan perbezaannya sekarang kami sedang dihukum. Kami juga tidak bernasib baik namun kami tidak mengubah apa-apa,” kata Zorc. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN