Kedah antara negeri tertinggi tolak antivaksin - Utusan Malaysia

Kedah antara negeri tertinggi tolak antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Kedah merupakan antara negeri tertinggi yang mencatatkan kes penolakan vaksin dengan 139 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 133 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail.

Menurutnya, pada 2016 sahaja sebanyak 176 kes menolak vaksin dicatatkan.

“Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab lain adalah pengaruh keluarga, mengamalkan perubatan homeopati dan bimbang dengan kesan sampingan vaksin,” katanya menerusi hantaran di laman sosial beliau di sini, hari ini.

Katanya, sebanyak 17 kes difteria dicatatkan di Kedah daripada 2015 hingga 2017, dengan empat kematian direkodkan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN