ALOR SETAR – Kedah merupakan antara negeri tertinggi yang mencatatkan kes penolakan vaksin dengan 139 kes dilaporkan tahun lalu berbanding 133 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail. Menurutnya, pada 2016 sahaja sebanyak 176 kes menolak vaksin dicatatkan. “Antara alasan penolakan vaksin di Kedah adalah keraguan terhadap status vaksin sama ada halal atau haram dan keraguan terhadap kandungan vaksin tidak selamat. “Sebab lain adalah pengaruh keluarga,…