BARCELONA 3 FEB. – Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde masih berharap Lionel Messi akan sempat cergas bagi bertemu Real Madrid, Khamis ini, meskipun penyerang itu mengakui dia ditimpa kecederaan sewaktu pasukannya diikat keputusan seri 2-2 dengan Valencia, hari ini. Barca bakal berdepan Real dalam separuh akhir pertama Copa del Rey dan Valverde berkata, Messi mengadu berasa kurang selesa sewaktu menentang Valencia, selepas dia meledakkan dua gol bagi membantu pasukannya sekurang-kurang membawa…










