HONG KONG 4 Feb. – Penampilan sulung Marouane Fellaini bersama kelab China, Shandong Luneng terpaksa ditunda bagi membolehkan bekas pemain tengah Manchester United itu mendapatkan rawatan kecederaan betis yang dialaminya, kata jurulatih kelab itu, hari ini. Pemain berusia 31 tahun itu tiba di Hong Kong, semalam bagi bertemu dengan rakan sepasukan dan menandatangani autograf untuk peminat, tetapi dia terlepas sesi latihan dan terpaksa terbang pulang ke Belgium bagi mendapatkan rawatan.…










