KUALA LUMPUR 12 Feb. – Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya. Melangkah ke dunia media sosial dan menjadi instafamous telah mengubah diri insan yang dikenali sebagai Bella Barbie Doll Malaysia daripada seorang yang bersikap pemalu kepada seorang usahawanita. Bella atau pemilik nama sebenar, Izubiela Rasi, 30, perlu berfikir secara kreatif untuk memasarkan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menjadi bidang perniagaan pilihannya. Bagi Bella, apabila namanya menjadi tular…










