BALING 9 Feb. – Kebakaran tanah gambut di Gunung Baling, di sini, sejak tiga hari lalu, dalam keadaan terkawal walaupun terdapat beberapa tempat di sekitar gunung itu masih terbakar sehingga pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Mohd. Jamil Mat Daud berkata, pihaknya masih meneruskan operasi pemadaman tersebut dengan menggunakan helikopter dan secara manual. “Hasil pemantauan dari udara mendapati skala kebakaran kini sudah mengecil dan semakin berkurangan serta dalam keadaan terkawal. “Kita akan meneruskan pemadaman dengan menggunakan kaedah ‘bambi bucket’ serta ‘fire beater’ dan ‘jet shooter’ dengan menggunakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya