Kasut wajah manusia Perry cetus kemarahan - Utusan Malaysia

Kasut wajah manusia Perry cetus kemarahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 12 Feb. – Sekurang-kurangnya dua rekaan kasut keluaran penyanyi Katy Perry yang direka bentuk menyerupai mu­ka manusia mencetuskan kontroversi dan kemarahan ramai selepas versi hitam kasut itu didakwa tidak peka akan sensitiviti perkauman.

RT melaporkan, kasut ‘Rue Face Slip On Loafers’ yang ter­dapat da­lam war­na hitam dan krim serta kasut tumit tinggi, ‘Ora Face Block Heel Sandal’ mempunyai ukiran mata, hidung serta bibir dan dipromosikan bintang pop tersebut menerusi Katy Perry Collections sejak Ogos lalu.

Kontroversi itu men­dorong pe­run­cit seperti Wal­mart dan laman web Dillard mengeluar­kan sandal dan loafer terbabit daripada premis dan senarai jualan me­reka.

Perdebatan mengenai kasut itu turut mengundang reaksi berbeza warganet sehingga wujud dua kem dalam Twitter.

Ada pihak menafikan kema­rahan tersebut bukan berpun­ca daripada kasut terbabit manakala sebelah pihak lagi mendakwa Perry ti­dak menghiraukan pilihan reka bentuknya.

Malah, ketika cakap-cakap me­ngenai kasut itu terus ha­ngat, seorang warganet men­dakwa ba­nyak pihak terlepas pandang tentang betapa buruk kasut tersebut.

“Perkara yang sepatutnya di­perkatakan adalah betapa buruknya kasut itu yang datang dalam pelbagai warna,” kata seorang warganet.

Ada pihak juga mendakwa, si­tuasi itu sengaja digembar-gem­burkan bagi menarik publi­siti untuk meningkatkan jualan.

Perry sebelum ini pernah berdepan kontroversi pada 2017 setelah didakwa meniru budaya kulit hitam dengan langkah tarian dan resyen rambut gaya ‘cornrows’ dan penyanyi itu ke­mudiannya meminta maaf. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×