Kasut, selipar tiruan bernilai RM55,449 dirampas - Utusan Malaysia

Kasut, selipar tiruan bernilai RM55,449 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 13 Feb. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita 7,561 pasang kasut dan selipar berjenama tiruan bernilai RM55,449 dalam serbuan di tiga premis di Kawasan Perindustrian Menglembu di sini hari ini.

Operasi bermula pukul 3 petang dan disertai 16 penguat kuasa itu adalah hasil risikan selama tiga minggu berdasarkan aduan daripada wakil cap dagangan.

Timbalan Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP negeri, Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, antara jenama kasut dan selipar tiruan yang dirampas ialah jenis Nike, Adidas, Gucci dan Hermes.

“Kita percaya barangan tiruan ini disasarkan untuk dijual di sekitar bandar raya ini termasuk di pasar malam serta premis lain.

“Barangan ini dijual pada harga murah iaitu RM25 sepasang untuk kasut dan RM5 ke RM7 untuk selipar,” katanya ketika ditemui di salah sebuah lokasi serbuan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8(2)(c) Akta Perihal Dagangan 2011. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN