KUALA LUMPUR 9 Feb. – Orang ramai dijemput memeriahkan Karnival Komuniti – sempena pelancaran Dasar Komuniti Negara anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Padang Awam Puchong Indah dekat sini pada 17 Februari ini. Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid memberitahu, program yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang itu menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti kayuhan Jom Sihat dan Lestari MPSJ, pertandingan tarik…










