Kane umpama ‘haiwan’ - Pochettino - Utusan Malaysia

Kane umpama ‘haiwan’ – Pochettino

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 Feb. – Harry Kane dilabel sebagai ‘haiwan’ oleh jurulatih Tottenham, Mauricio Pochettino selepas penyerang England itu dapat mengembalikan tahap kecergasan tepat

pada masanya untuk menghadapi Burnley, esok.

Kapten England itu kembali menjalani latihan bersama pasukan selepas pulih daripada kecederaan buku lali yang mengakibatkan dia terlepas tujuh perlawanan dengan pasukannya

kini berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Keadaannya amat baik dan saya fikir kami perlu mengujinya dalam satu sesi latihan sebelum membuat keputusan. Dia berada dalam keadaan baik dan mungkin dia diturunkan

dalam aksi menentang Burnley.

“Harry adalah haiwan dan sentiasa mahu berada dalam keadaan bersedia secepat yang mungkin. Dalam tempoh 10 hari terakhir keadaannya bertambah baik dan dapat menggunakan

khidmatnya sudah tentu menaikkan lagi semangat setiap pemain,” katanya.

Dalam pada itu, Kane yang dijangka diketepikan hingga pertengahan Mac ini berkata dia sudah bersedia untuk beraksi namun Pochettino tidak mahu membuat keputusan kerana

terpengaruh dengan pandangan pemainnya sendiri.

“Saya tidak peduli jika dia mahu bermain atau tidak. Saya akan menentukannya bersama barisan kejurulatihan dan doktor serta pegawai sains pasukan.

“Setiap pemain yang baru pulih daripada kecederaan atau sakit, kami memerlukan struktur sama ada dia boleh bermain atau tidak.

“Jika anda tanya dia 10 hari yang lalu, dia sudah bersedia namun keputusan hanya dibuat oleh saya. Saya yang mengambil risiko dengan membuat keputusan untuk pasukan,” kata

jurulatih dari Argentina itu.

Peluang untuk menggunakan khdimat Kane dalam pertembungan derby London menentang Chelsea, Arsenal dan Borussia Dortmund dalam aksi Liga Juara-Juara pasti menaikkan

semangat Spurs. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN