Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 7 Feb. – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun dikhuatiri lemas ketika bermain air di kawasan batu berhampiran tepi Pantai Tanjung Balau, Desaru dekat Kota Tinggi petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Fadli Ismail berkata, semasa kejadian, mangsa Nurul Ain Sajali berasal dari Kota Masai, dekat Pasir Gudang bermain air bersama-sama dua beradiknya.

“Difahamkan, kanak-kanak itu pergi ke pantai bersama-sama ibu bapa serta ahli keluarga lain dan kehilangannya disedari keluarga kira-kira pukul 3 petang.

“Keluarga mangsa melakukan pencarian sendiri sebelum kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.03 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, seramai 10 anggota bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak terbabit dan usaha itu masih diteruskan setakat pukul 9.30 malam tadi, namun hanya tertumpu di kawasan pesisir pantai.

Beliau berkata, keadaan laut di lokasi kejadian dilihat bergelora dan bendera merah turut berkibar sebagai amaran keadaan laut tidak selamat bagi pengunjung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN