Berkongsi detik indah selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, kata Mona, ketika ini mereka masih sibuk dengan kerjaya masing-masing. Bagaimanapun kata Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, bergelar isteri kepada Pekin Ibrahim membuka kisah lebih bahagia untuk dirinya. “Selepas berkahwin sebenarnya tidak ada yang berbeza sebab saya dan dia masih sibuk. Malah selepas bernikah saya hanya sempat bercuti beberapa hari sebelum kembali ke set penggambaran. “Cuma kini bila keluar…










